Saturday 27 October 2012

UUM


Assalamualaikum . . .

Alright, entry kali nih aku nak cerita pasal UUM atau nama penuhnya ialah Universiti Utara Malaysia. So, lepas habis diploma, aku dapat offer sambung degree kat sini. Memang waktu isi UPU dlu, UUM  ialah first choice aku. Dulu before masuk UUM, rasa excited. Then bila dah dapat offer and dah masuk UUM, rasa mcm tak sabar nak kluar dari sini. Haha. Tu laa, duk seronok sangat dlu, haa sekarang dah rasa derita. Apa pun, Alhamdulillah aku still dapat belajar dalam Kedah and paling penting dekat dengan rumah. Hehe. 

Dekat UUM, aku sambung degree pun dalam bidang perakaunan. Nama kos aku nih Bachelors In Accounting (Honors) atau singkatannya BAcct (Hons). Tempoh pengajian aku kat sini selama 3 tahun setengah. Hmm lama kot. Kalau ikutkan hati aku, memang tak nak sambung. Sebab pertama ialah tempoh pengajian yang panjang dan kedua ialah malas. Ya laa, cuba bayangkan diploma dlu dah 3 tahun pastu nak kena study lagi 3 tahun setengah, memang dah tak dak mood nak study laa jawabnya. Pastu nak berhutang lagi dengan PTPTN. Tapi apakan daya, mak ayah aku suruh jgak sambung, so aku follow ja laa.

Universiti Utara Malaysia, dah nama pun utara so kedudukan UUM nih pun jauh nun di utara plus agak jauh dari pekan-pekan. Senang cita, UUM nih terpencil sikit. Pekan atau bandar paling dekat pun ialah Changlun. Tu pun 10 km dari UUM. Kalau mcm budak-budak yang luar dari Kedah, depa selalu outing pi Changlun. Kat Changlun yang ada cuma c-mart. Dalam c-mart tu ada bowling and karaoke jaa. 

Kalau nak advance sikit, depa kena laa pi Jitra, tempat kesukaan aku. Hehe. Jitra dah maju kot sekarang. Senang cerita, mcm-mcm ada. Haha. Ya laa, kat Jitra bleh laa kalau nak tengok wayang, nak mkn Tutti Frutti, Pizza Hut, Domino's Pizza and paling latest skali Snogurt. Kalau nak jumpa Dr. Rozmey pun boleh. Haha.

Tapi kalau nak lebih advance, kena laa pi Alor Setar. Kat sana nak makan McD pun ada tapi susah sikit laa sebab nak kena tunggu bas. Dari UUM nak ke Alor Star maybe dalam sejam lebih. Tambang bas pergi dan balik RM 10.

Even aku dapat sticker motor kat UUM nih, tapi jarang kluar jugak. Nak jimat duit minyak. Hehe. Alaa, tak payah pergi jauh-jauh, sebab dalam UUM nih pun ada mall iaitu Varsity Mall. Walaupun nama dia ada perkataan mall, tapi tempat dia bukanlah mcm tesco ataupun supermarket. Just bangunan biasa. Varsity Mall nih tak dak laa besar pun, tapi boleh laa. Kat sini laa student selalu lepak-lepak. Ada kedai jual baju, tudung, handbag, kedai cenderamata, bank Islam, restoran and paling best sekali ada Cool Blog.  


DSC03335 resized            

Dulu waktu first time datang UUM untuk hantar borang permohonan, rasa kagum dengan keindahan dan pemandangan UUM. Tapi bila dah lama-lama kat sini, hmm rasa macam duduk dalam kem PLKN. Kebanyakan kawasan di UUM nih diliputi dengan kehijauan pokok-pokok. Tapi kawasan UUM nih memang sangat luas. Kalau naik motor then lalu kat Persiaran Perdana UUM, rasa macam tengah ride kat kawasan Damansara. 



Even UUM nih dalam hutan sikit, tapi ada jugak lokasi-lokasi yang boleh menarik perhatian. Kadang-kadang bila tengah jalan nak pergi kelas, nampak laa jugak student-student yang tengah seronok tangkap gambar even tengah-tengah panas. Haha. Bila aku kat UUM nih, aku suka tengok awan atau langit. Tak tahu la pasal apa. Nampak suasana awan dan langit kat sana lebih menyerlah berbanding kat tempat-tempat lain. 

                     

Hmm bagi aku, antara kawasan yang aku suka ialah area Water Fountain. Tempat nih terletak berdekatan dengan Bangunan Canselori. Kat area nih bila waktu pagi memang best sebab boleh lepak-lepak sambil makan-makan. Paling best kalau depa pasang air pancut, terasa mcm kat Tasik Darulaman pun ada. Air pancut kat sini memang cantik. Tapi tu laa, air pancut nih depa akan bukak bila ada event penting jaa contohnya mcm Konvokesyen. Kalau nak bukak saja-saja, hmm jangan harap laa. Biasa laa UUM, bab nak berjimat depa nombor satu. Haha

   

Haa nih satu lagi tempat yang famous laa kat UUM. Namanya ialah Dewan Mu'adzam Shah atau DMAS. Dewan nih boleh dikata menjadi ikon UUM. First time masuk dewan nih waktu orientasi, memang kagum la jugak sebab dewan nih memang nampak grand. Then cuba tengok landskap kat luar dewan nih, boleh tahan hebatnya. Kat sini laa ramai orang sibuk nak ambil gambar terutamanya time konvo laa. Harap-harap, aku pun dapat laa jugak rasa konvo kat dewan nih pastu tangkap gambar kat landskap dewan nih. 

      

UUM pun ada stadiumnya tersendiri. Area stadium nih dikenali sebagai pusat sukan. Walaupun stadium UUM nih tak sebesar Stadium Bukit Jalil, tapi pelbagai kemudahan ada kat sini. Kawasan pusat sukan nih pun dah cukup besar. Dalam pusat sukan nih jugak ada kolam renang and paling best sekali ada sauna. Sauna nih lebih kurang mcm tempat mandi air panas laa. Pusat sukan pun ada sediakan basikal untuk student, so boleh laa ride nak pusing satu UUM. Tu pun kalau larat laa nak pusing satu UUM. Haha

Antara yang famous tentang UUM nih jugak ialah ada litar Go Kart. Tak silap aku, UUM nih adalah universiti pertama dalam Malaysia yang ada litar Go Kart. Even aku dah 2 bulan kat sini, tapi tak pernah sekali pun aku try men go kart. Haha. Kalau untuk student, just bayar RM5 jaa pastu bleh pusing 3 round. Kira ok laa sebab litar kat sini memang besar. Ada lagi tempat sukan yang menarik contohnya padang memanah, ekuin pastu dengan golf.


Selain dari Dewan MAS, antara bangunan terbesar kat UUM nih ialah library. Tak silap aku ada 3 tingkat kot library nih. Disebabkan terlalu besar laa menyebabkan library nih nampak mcm sunyi jaa. Kadang-kadang rasa seram pun ada bila kat library. Kalau pergi ke tingkat atas sekali, hmm memang meremang bulu roma sebab orang jarang naik kat atas. Lagipun, library nih pun ada sejarah seramnya tersendiri. Selalunya library nih laa tempat lepak aku time nak tunggu next class. Masuk dalam library nih pun just untuk surfing internet jaa, bukan baca buku pun. Hehe. 

  

Gambar kat atas nih pulak ialah Pusat Islam dengan Masjid Sultan Badlishah. Kat Pusat Islam nih selalunya buat program-program keagamaan contohnya macam kursus kahwin dan kelas agama. Dalam Pusat Islam nih jugak ada jual barang-barang keagamaan. Kebanyakkannya ialah buku agama. Dalam nih pun ada kafe jugak. Kafe kat sini memang jadi pilihan warga UUM sebab sedap dan paling penting murah. Masjid Sultan Badlishah pun besar jugak. Ya laa, kat sini bukan ada pelajar Malaysia jaa, pelajar foreigner pun ramai. Kebanyakkan foreigner kat sini beragama Islam. 

Hmm dekat UUM, ada 15 kolej kediaman atau kamsis. Tapi kat sini kami semua panggil DPP (dewan penginapan pelajar). Aku tinggal kat DPP MAS. DPP aku nih merupakan DPP pertama dan paling lama dekat UUM. Lokasi DPP aku nih tak berapa strategik sebab jauh dari kelas pastu jauh dari tempat makan yang menarik. Tapi Alhamdulillah, bilik DPP aku nih memang sangat luas berbanding DPP yang lain. Bilik DPP yang lain memang kecil. Cukup-cukup untuk 2 orang. Tapi bilik DPP aku luas, boleh laa untuk 3 orang. Line Wifi kat DPP aku pun memang laju berbanding DPP lain. 

Memandangkan ada 15 DPP, setiap DPP ada kafe tersendiri. Tapi tak kisah laa even dari DPP lain nak pergi makan kat DPP lain pun boleh. Selalunya, setiap cafe kat DPP ada menu istimewa. Kalau kat DPP Petronas, menu paling sedap tom yam. Memang dalam UUM nih, tom yam kat DPP Petronas nih laa paling best. Hmm kalau nak makan nasi kerabu paling best, kena la pergi DPP MISC. Nak makan murah, kena pergi DPP Proton Tapi dekat DPP aku, cafe tak berapa best. Dah la tak ada special menu, pastu mahal and tak sedap. So aku kena la merantau ke DPP lain. Lokasi setiap DPP agak jauh jugak, tapi aku tak kisah sebab ada motor. Hehe


Alright nak cita pasal akademik la sikit. Hehe. Kat UUM ada 3 buah jabatan atau kolej iaitu COB (college of business), COLGIS (college of government & international study) dan CAS (college of art & science). Aku punya course adalah under COB. Gambar kat atas nih sebahagian bangunan akademik. Ada lagi bangunan akademik yang baru siap dibina dan telah digunakan untuk pertama kalinya pada tahun nih. 

Nak share sikit pengalaman first day pergi class. Sebelum aku masuk UUM, lecturer aku kat poli dah bagitaw yang first day nak masuk kelas, mesti sesat. Awal-awal ingat lecturer aku just melawak jaa, tapi tengok-tengok memang betul. Banyak orang jgak aku tnya untuk cari klas waktu first day. Klas pkul 11, tapi 11.20 still cari dan still sesat. Pastu, jarak kelas kadang-kadang sampai 2 km. Kalau ada sapa-sapa yang nak kuatkan stamina atau nak kuruskan badan, boleh laa try jalan kaki untuk ke kelas. Tapi selalunya orang naik bas laa. Even kelas jauh-jauh, masuk lewat skit pun tak apa. Paling lewat tak silap aku, hmm tak lebih 30 minit. Tapi ada jugak aku tengok student yang kelas lagi 10 minit nak habis baru masuk. Hehe. Tapi tengok lecturer jugak laa. Kadang-kadang ada lecturer yang halau keluar. Tapi Alhamdulillah, lecturer aku smua baik-baik untuk sem nih.

           

Setiap IPTA ada dewan kuliah, tapi kat UUM kami panggil DKG iaitu dewan kuliah gugusan. Ada 6 DKG kat UUM nih. Tapi setiap DKG ada pecahan dia pulak. Contoh DKG 1 akan ada DKG1.1, 1.2 dan seterusnya. Dianggarkan dalam UUM nih ada 50 DKG. Setiap DKG boleh memuatkan hampir 200 students. Berdasarkan pengalaman aku bila blajar dalam DKG nih, hmm memang tak kan faham, tambah-tambah subjek teori. Asyik nak tidur jaa. Dah la DKG nih servis aircond sangat terbaik. Pernah skali tuh dalam kelas Etnik, aku tertidur. Lecturer nampak, tapi dia tak boleh kata apa-apa, sebab memang subjek teori pastu dalam DKG plak kan. Memang tertidur la jawabnya. Hehe

the_universiti

So, itu saja laa yang dapat aku ceritakan tentang UUM. Tujuan aku tulis psal UUM nih just nak share pengalaman dan benda-benda menarik kat sini. Mana tahu, bila hampa terbaca blog nih, tertarik untuk jadi student UUM. Haha. Actually, even UUM nih terpencil, tapi segala kemudahan semuanya lengkap. Aku tak suka UUM nih sebab aku duk asrama jaa, cuba kalau UUM nih depan rumah aku, comfirm aku sukaa. Haha. Buat masa sekarang, aku masih belum jatuh cinta dengan UUM, tapi sekarang baru sem satu, ada lagi 6 sem, hopefully ada la perasaan sayang kat UUM nih nanti. Hehe ;)

14 comments:

  1. Baru jumpa entry ni, membantu sgt utk bakal student uum mcm saya.

    ReplyDelete
  2. sekarang mcm mna? dh jtuh cinta ke kt uum?

    ReplyDelete
  3. bila dah abeh bljq, rasa rindu dgn uum.. =) rindu nak p kelas..

    ReplyDelete
  4. mcm best aje uum nih :) btw, pnceritaan yg mnarik

    ReplyDelete
  5. Dear UUM students,
    Kindly please help me to fill up this questionnaire provided in the link below for my research.. I really need it ASAP,thank you very much for your time.
    https://docs.google.com/forms/d/1g_mg4k0EdNbWuAI_UfM1zvPJWr7k2RnVlgtGht8B7vE/viewform
    Best Regards,
    Norakmalaily Ahmad
    Msc Sience (Decision Science)
    KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR THROUGH WEBLOG
    docs.google.com
    PART A INSTRUCTION: Please give the information requested on your background as respondent. All of the information given is confidential and used only for the purpose of this study. Your cooperation in this survey is
    KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR THROUGH WEBLOG
    docs.google.com
    PART A INSTRUCTION: Please give the information requested on your background as respondent. All of the

    KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR THROUGH WEBLOG
    docs.google.com

    ReplyDelete
  6. banyak dah berubah..zaman saya belajar dulu cuma ada sampai DKG 5 je...dan litar go kart pun belum ada...tapi seronok gak...tapi itulah kenangan...tapi paling best bila lihat kenangan makan kat LEGO dan petang lepak tasik GUthrie manakala kalau malam lepak kat NONGKA kolej eon...banyak pengalaman kat uum dari first degree sampai la master nasib baik PHD tak kat UUM kalau tak...full set graduan UUM...

    ReplyDelete
  7. TErima kasih... sbb byk bg info ttg UUM...

    ReplyDelete
  8. macam seronok belajar kat UUM ni. anyway saya ada beberapa persoalan . hehehhe
    (1) kalau saya nak simpan makanan dalam bilik , kat mana nak beli bekalan ?
    (2) boleh tak saya teriman pakej/barangan daripada poslaju? yelah kot2 ada beli barang dari online ke/ parent hantar barang ke.. heheh
    anyway your entry makes me feel macam tak sabar nak continue study. in sha allah kalau saya ada rezeki saya akan lanjutkan pelajaran dalam sarjana muda .. hehehhe.

    wish me luck!!!

    ReplyDelete
  9. Bg sy,zaman penulis belajar kat situ dh cukup beruntung.zaman kami belajar intake 1997 kat Changlun still kosong xde cmart bagai.tapi rasa happy n enjoy je belajar kat situ.x serabut.serasi dgn jiwa.mengajar kita erti bersyukur kalau nak di bandingkan belajar di universiti2 di indonesia.tapi serius,pengalaman saya belajar di UUM paling best.sampai skang masih lg terasa rindu even dah 18 tahun grad dr situ.1 pgalaman yg sgt berharga.

    ReplyDelete
  10. 2008 - 2011 KOS COMMUNICATION, KOLEJ KOMUNIKASI DAN BAHASA MODEN /DPP YAB /

    ReplyDelete
  11. peluang nak masuk uum susah ke? means, dari segi pointer (stpm) atau kuota

    ReplyDelete
  12. Baanyak da brubah. Time sy thn 2000 istilah dpp xder kmi pangil kokej. Sy pn dulu duk kolej mas. Yg x ubah kokej proton still trmurah 😊😊. Rindunya uum

    ReplyDelete
  13. rindu uum..intake 1999/2000..banyak kenangan..dulu air pancut depan library tu memang selalu je on..tmpt lepak sebelum masuk kelas seterusnya. depan library tu pulak..selalu budak sabahn and sarawakian melepak.digelar dataran borneo.best jer study dkt uum.walaupun dalam hutan.setiap rabu ke pasar malam changlun..skrg mgkn byk dah yg berubah...

    ReplyDelete
  14. Best seronok baca menarik.. Tahniah jazli dh keja kt mana skrg. Dah tk sesat bilik kuliah kan hehe

    ReplyDelete